KUANTAN 28 Ogos – Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Chini 1 di Pekan dekat sini mewajibkan setiap peneroka mengibarkan Jalur Gemilang di rumah mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan. Pengerusi MPKK Felda Chini 1, Shalihin Mohammad, 33, berkata, usaha itu bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan negara serta menyemarakkan semangat cintakan tanah air. “Selain rumah peneroka, kita juga mewajibkan premis-premis perniagaan di Felda Chini 1 ini memasang Jalur Gemilang. “Tiada tindakan terhadap peneroka yang tidak memasang Jalur Gemilang tetapi mereka patut berasa malu kerana jiran-jiran lain begitu meriah mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya