CHANGHUA, Taiwan – Seekor siput aneh dirakam mempunyai ‘tanduk’ hijau dan oren di kawasan hutan sebuah bukit dekat sini awal bulan ini, mengejutkan seorang pendaki yang melihatnya. Pelancong tersebut, Lin Ruian berkata, dia menyedari kehadiran siput itu kerana ia seakan-akan mempunyai ‘cahaya bersinar’ di dalam badannya. Pakar biologi sebelum ini mendedahkan siput sedemikian umpama ‘zombi’ selepas deria motor badannya diceroboh cacing pipih parasit. “Siput itu tampak seperti mempunyai lampu neon pelbagai warna dalam badannya. Saya tidak tahu apa puncanya tetapi ia sangat pelik. Saya mencucuk siput itu dengan kayu dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya