BESUT 31 Ogos – Lebih 400 hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2019 anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kawasan Jertih di pekarangan Dewan Gong Nering di sini hari ini. Mereka terdiri daripada murid taman bimbingan kanak-kanak (tabika) berkenaan di samping guru dan ibu bapa. Program tradisi tahunan itu bermula dengan perarakan membawa Jalur Gemilang sejauh kira-kira 500 meter sambil diiringi basikal berhias. Naib Pengerusi Jawatankuasa Program, Mohd. Tamin Taib berkata, selain dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan si cilik, acara sambutan itu mampu menjadi platform buat kanak-kanak untuk menghayati erti kemerdekaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya