KUALA LUMPUR 8 Ogos – Sebuah kereta yang diletakkan di petak letak kenderaan di Flat Sri Penara, Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini rosak teruk di bahagian bonet depan selepas ditimpa bongkah bata yang dibaling dari tingkat atas perumahan itu. Menurut penduduk di kediaman itu, kejadian berkenaan bukan kali pertama malah pernah beberapa kali berlaku sebelum ini. “Penduduk dah banyak kali alami kejadian seperti ini. Kereta pon boleh kemek akibat hentakan kuat ini. “Cuba bayangkan kalau terkena kepala manusia, tunggu ada yang mati baru nak ada kesedaran agaknya,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya