PONTIAN 22 Ogos – Sebuah stor simpanan di sebuah kilang aluminium di Jalan Perindustrian 5, Kawasan Perindustrian Pontian di sini terberkar pada pukul 5.59 petang semalam. Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut kerana pekerjanya sempat menyelamatkan diri. Seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru dan BBP Johor Bahru dengan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian. Komander Operasinya, Biqbal Raduan berkata, pihaknya mendapati kebakaran bahan kimia itu adalah jenis aluminium dross. “Kita melakukan size up dan mendapati bahan tersebut tidak boleh dipadamkan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya