KOTA BHARU – Polis hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini bersabit isu pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut. “Berhentikanlah menyebar perkara yang boleh memecah belah keharmonian kaum dan kita akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berhasrat mahu mengganggu ketenteraman awam ini. “Polis akan memantau keadaan ini. Kita sudah memberi amaran berhubung perkara ini,” katanya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya