KUALA LUMPUR 6 Ogos – Tekap, sambung titik pada huruf jawi dan tiru semula untuk dijadikan seni khat, hanya itu yang perlu dilakukan oleh murid Tahun Empat termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) apabila tulisan khat diperkenalkan sebagai antara kandungan subjek Bahasa Melayu tahun depan. Pensyarah Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. S. Vijayaletchumy berkata, perkara itu hanya akan diajar empat kali setahun dalam tempoh 10 minit terakhir sebagai bahan sokongan kemahiran bahasa sesi pengajaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya