KENINGAU 10 Ogos – Sebuah bangunan tambahan pusat hemodialisis Hospital Keningau bernilai RM1.7 juta akan dibina tahun ini dan dijangka siap tahun depan. Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata apabila siap nanti bangunan itu akan menempatkan 20 buah mesin hemodialisis. Beliau berkata bangunan seluas 3,240 kaki persegi itu yang akan beroperasi 24 jam mampu menampung keperluan kira-kira 100 pesakit. “Ini adalah satu kolaborasi antara Jabatan Kesihatan Sabah dengan Yayasan Tzu-Chi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek Pusat Dialisis Hospital Daerah Keningau (Projek Lanjutan), di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya