COPENHAGEN 31 Ogos – Kerajaan Denmark mengambil keputusan untuk membeli empat ekor gajah yang sebelum ini digunakan untuk pertunjukan sarkas di negara itu sebagai sebahagian daripada usaha melindungi hak asasi haiwan. AFP yang memetik kenyataan Kementerian Pemakanan, Pertanian dan Perikanan sebagai berkata, kerajaan akan membayar AS$1.6 juta (RM6.73 juta) untuk mendapatkan Ramboline, Lara, Djunga dan Jenny. Kesemua binatang itu katanya, akan dihantar ke zoo. Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, kerajaan bercadang untuk menggubal satu undang-undang melindungi hak asasi haiwan dalam masa terdekat. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya