MEMILIKI kampus yang hijau dan lestari bukan sahaja dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran kondusif, malah turut menjadi kayu pengukur kepada komitmen pengurusan sesebuah universiti dalam mempromosi dan membudayakan amalan tersebut dalam kalangan warganya. Dalam konteks lebih luas, usaha mewujudkan ekosistem hijau turut dijadikan fokus perbincangan dalam beberapa acara utama peringkat tempatan dan antarabangsa seperti Forum Bandar Malaysia (MUF2019), Forum Bandar Dunia (WUF2018) dan matlamat pembangunan lestari 2030 (SDGs). Menyedari perkara tersebut, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kempen Greenation@UiTM pada 13 Jun ini dengan sasaran kesemua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya