BALIK PULAU – Gara-gara mahu menghalang teman wanita pulang bercuti ke Indonesia, seorang lelaki sanggup membuat ancaman bom palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini pada awal bulan ini. Perjalanan pulang wanita itu bagaimanapun tidak tergendala apabila dia berjaya pulang ke negaranya, sebelum kembali semula ke negara ini semalam. Namun, tindakan ancaman bom itu mengundang padah apabila polis menahan dua lelaki warga tempatan dikenali sebagai Bob, 38, dan Mail, 22, serta wanita Indonesia dikenali Siska berusia 38 tahun itu ketika dia tiba semalam. Bob dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya