BAGAN DATUK 31 Ogos – Seramai 100 penduduk di empat buah kampung di sini punya gaya tersendiri dalam menzahirkan semangat patriotik bersempena Hari Kebangsaan pada hari ini. Mereka berkonvoi menaiki traktor sambil mengibarkan Jalur Gemilang mengelilingi kawasan kampung sejauh 20 kilometer yang diadakan serentak bermula pukul 9 pagi di kawasan pekan Sungai Dulang di sini. Pengerusi program, Abdullah Malek berkata, program tahunan yang dianjurkan bersama oleh UMNO dan Pas itu mendapat kerjasama bekas-bekas ketua kampung sekali gus meraih sambutan menggalakkan oleh semua pihak. “Kampung yang terlibat terdiri daripada Kampung Sungai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya