GUA MUSANG – Lebih 100 peserta menyertai aktiviti berakit sambil membawa bendera Jalur Gemilang menyusuri Sungai Betis di perkampungan Orang Asli Kampung Kuala Betis, di sini semalam. Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu dilakukan buat pertama kalinya bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Pengarah JPNIN negeri, Norwahidah Zinalibdin berkata, program berakit menggunakan 25 buah rakit buluh sejauh 10 kilometer itu mengambil masa hampir lima jam. Katanya, program itu melibatkan masyarakat Orang Asli di sekitar kampung, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), agensi kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya