KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berangkat ke negara Brunei Darussalam sempena lawatan negara bermula esok hingga 20 Ogos. Menurut kenyataan KementerianLuar hari ini, lawatan ke negara itu adalah yang pertama setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu. Lawatan itu juga sebagai mengenang kembali lawatan bersejarah Paduka Ayahanda, Almarhum Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama mengadakan Lawatan Negara ke Brunei sebaik sahaja negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1984. Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya