ZIARAH merupakan sebahagian daripada usaha berterusan seseorang Muslim bagi menjaga hubungan baik dan mengukuhkan tali persaudaraan. Tuntutan melakukan ziarah menjadi ‘lebih berat’ sekiranya sahabat kita itu berada dalam kesusahan dan terlantar sakit. Selain berpeluang bertanya khabar dan menghulurkan bantuan mana yang patut, ziarah tersebut membuktikan kesungguhan kita menjaga jalinan persahabatan terbina selama ini. Namun, dalam melakukan ziarah atau kunjungan tersebut, tetamu perlu menjaga adab yang telah ditetapkan dalam Islam terutama melibatkan masa, batasan pergerakan serta menjaga pancaindera. Selain tidak mencari-cari aib atau kekurangan pada pihak tuan rumah, tetamu juga perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya