Zul Ariffin kini semakin mendapat kepercayaan untuk membawakan watak-watak yang lasak dan ekstrim. Bermula dengan watak Jay Zulkarnain menerusi filem J Revolusi, kredibilitinya sebagai pelakon aksi terus diuji menerusi filem adaptasi novel, Tombiruo: Penunggu Rimba. Tidak hanya cemerlang di atas kertas, penglibatan pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin itu turut mendapat maklum balas positif, khususnya dalam kalangan penggemar filem tempatan. Terus mengembangkan portfolio seninya, Zul kini kembali dengan naskhah baharu berjudul Sangkar. Berlainan dengan filem aksi yang pernah dilakonkan, naskhah arahan Kabir Bhatia tersebut menampilkan sisi berbeza Zul yang memegang watak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya