BUKAN sekadar tempat ibadat bagi umat Islam, masjid turut melambangkan keteguhan dan ketamadunan agama suci itu sendiri. Antaranya adalah menerusi reka bentuk unik yang mampu menarik orang ramai bukan hanya umat Islam, malah bukan Islam termasuk pelancong asing untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah itu. Begitulah juga dengan keindahan reka bentuk Masjid Jamek di tengah pusat bandar Kuala Lumpur yang menjadi antara institusi bersejarah dan tarikan pelancong. Ketua Imam Masjid Jamek, Yahya Mahyudin berkata, masjid berusia 110 tahun itu telah dipelihara sebagai warisan sejarah sejak dari pemerintahan British. “Tapak masjid…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya