DUNGUN 31 Julai – Tiga orang pekerja di sebuah resort di Pulau Tenggol dekat sini termasuk seorang pemandu bot pelancong dikhuatiri hilang di laut dalam kejadian petang tadi. Fauzi Mohamad, 40, (pemandu bot), Muhammad Firdaus Mohd. Awalluddin, 25, dan Mohamad Hafiz Abd. Rahim, 22, dikatakan masih belum tiba di pulau berkenaan selepas bertolak dari jeti Kuala Dungun kira-kira jam 12.30 tengahari. Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi petang ini mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan untuk mengambil pelancong di Pulau Tenggol dan mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya