SEMUA umat Islam tentunya ingin khusyuk dalam solat supaya ibadah yang didirikan itu sempurna. Ketika itu, perhatian dan sepenuh minda hanya tertumpu kepada Allah SWT, bertepatan dengan tujuan kita bersolat iaitu untuk mengingati Allah. Namun, banyak gangguan luar yang mampu menggugat tumpuan kita ketika menunaikan solat termasuk deringan telefon bimbit. Sedangkan, solat adalah satu ibadah yang memerlukan konsentrasi dan sekiranya penumpuan penuh sewaktu solat itu terganggu, maka ia mampu mengurangkan pahala solat. Sebab itu, Islam menitikberatkan tentang persediaan sebelum solat antaranya melangkah ke saf dengan tenang, berpakaian bersih dan cantik.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya