MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada pemain bintangnya, Alexis Sanchez supaya berusaha lebih keras jika mahu kembali berada pada tahap sebenar di Old Trafford. Sanchez dilihat terus bergelut bersama United sejak berhijrah dari Arsenal pada 2018 apabila hanya menjaringkan lima gol sepanjang 45 penampilannya. Lebih menyedihkan, dia hanya berjaya menjaringkan satu gol untuk aksi Liga Perdana England (EPL) musim lalu. Meskipun terdapat spekulasi pemain berusia 30 tahun berkenaan akan meninggalkan pasukan, namun ia dilihat sukar ekoran gaji semasanya di United adalah sebanyak £500,000 (RM2.55 juta)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya