NICE – England bagaikan kehabisan ‘gas’ ketika tumpas 1-2 kepada Sweden dalam penentuan tempat ketiga Piala Dunia Wanita, sebentar tadi. Selepas menduduki tangga ketiga pada kejohanan empat tahun lalu, menutup kempen di tempat keempat pasti amat mengecewakan skuad Lionesses. Jaringan Kosovare Asllani seawal minit ke-11 dan Sofia Jakobsson, minit ke-22 memastikan pingat gangsa menjadi milik Sweden. Skuad Lionesses pula pulang hampa sekalipun cuba bangkit merapatkan jurang menerusi Fran Kirby pada minit ke-31. Jurulatih England, Phil Neville mengakui, beraksi dalam penentuan tempat ketiga sesuatu yang sukar diterima pasukannya kerana mereka datang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya