PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad ragbi wanita tujuh sepasukan (7’s) negara, Nik Safuan Ismade Nik Man percaya ‘senjata’ baharu dimiliki skuad kendaliannya, mampu mencipta kejutan dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, November ini. Bekas pemain ragbi kebangsaan itu berkata pasukannya yang terdiri daripada gabungan pemain baharu dan lama, kini mempunyai lebih satu taktikal permainan sekali gus mampu memberi beberapa pilihan ketika berhadapan pasukan lawan. Beliau mengakui kemahiran individu tinggi dimiliki barisan pemainnya, turut memberi kelebihan kepada pasukan bagi melaksanakan misi mengatasi pencapaian pingat gangsa sewaktu Sukan SEA 2017 di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya