LANGKAWI – Cubaan tiga lelaki termasuk seorang warga Thailand menyeludup masuk anak-anak pokok dari Thailand ke pulau pelancongan ini gagal apabila perbuatan mereka dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 di Pantai Tanjung Rhu, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, ketiga-tiga mereka dipercayai menyeludup 157 batang anak pokok durian, getah (615), kedondong (10) dan dokong (enam) dengan menggunakan sebuah bot pelancong. Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 1, Deputi Superintenden Rohizan Mohamad Saaid berkata, tangkapan kesemua mereka berusia antara 38 dan 62 tahun itu hasil risikan dan aduan awam mengenai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya