Hampir 22 tahun bersama kumpulan May, keputusan Mus untuk mengundurkan diri sebagai vokalis kumpulan itu bukan satu keputusan yang mudah. Namun begitu, lelaki yang cukup sinonim dengan panggilan nama Mus May itu nekad dengan keputusannya. Alasannya, dia sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya selaku vokalis kepada kumpulan yang dianggotai oleh Man, Yus dan Abu itu. Menurut Mus atau nama sebenarnya, Mustaffa Din, 51, ketika ditemui pada sidang akhbar KL Rhythm Nitez: Konsert Rockestra Lagenda, dia tidak akan lagi menggunakan nama Mus May dan kini dalam proses mencari nama komersial yang baharu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya