KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu hari ini bertitah menasihati seluruh rakyat Malaysia menghentikan segera penyebaran berita fitnah dan tidak ditentukan kesahihannya kerana dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara. Raja-Raja Melayu memandang serius gejala fitnah-memfitnah yang berlaku dengan berleluasa dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini, demikian menurut kenyataan Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. “Gejala fitnah-memfitnah serta pengkhianatan dan perasaan benci yang dipamerkan secara terbuka seolah-olah telah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat kita ketika ini. “Adalah amat dibimbangi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya