BERPULUH ribu anggota pasukan keselamatan sama ada Polis Republik Indonesia (Polri) mahupun Tentera Nasional Indonesia (TNI) bersiap sedia ketika Mahkamah Konstitusi mengumumkan keputusan Perselisihan Hasil Pemilihan Umum (PHPU) Jumaat lalu. Semalam pula hampir 47,000 anggota pasukan keselamatan dikerahkan apabila Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan secara rasmi kemenangan Joko Widodo (Jokowi) dan Ma’ruf Amin sebagai Presiden dan Naib Presiden Indonesia. Langkah berjaga-jaga itu dilakukan kerana bimbang tercetus rusuhan yang boleh menghuru-harakan Jakarta dan mungkin juga merebak ke wilayah lain. Namun Indonesia terus tenang. Calon yang menang bersyukur dan tidak terlalu teruja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya