KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyumbangkan 16 anak pokok Melaka kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena ulang tahun MBMB sebagai Bandaraya Bersejarah ke-16. Majlis penyerahan disampaikan dalam Program Hari Bebas Kenderaan dan Penamanan Pokok Melaka anjuran DBKL yang turut disertai oleh MBMB di Dataran DBKL, di sini, semalam. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, sebanyak dua batang pokok Melaka ditanam di Jalan Melaka, di sini manakala baki 14 lagi pokok akan ditanam di Taman Botani Perdana, Taman Metropolitan Batu, Taman Rimba Kerinchi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya