THE HAGUE 24 Julai – Rumah-rumah penduduk Palestin yang dimusnahkan rejim Zionis berhampiran tembok pemisah di pinggir Baitulmuqaddis adalah ‘mengejutkan dan menyedihkan’ yang perlu disiasat sebagai jenayah perang. Wakil Palestin ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Riyad Mansour berkata, tentera Israel dengan jumlah yang besar menceroboh rumah-rumah penduduk Palestin dan memaksa mereka meninggalkan kediaman pada awal Isnin lalu. “Selepas itu, rejim Zionis menjalankan prosedur pemusnahan dengan menggunakan jentolak tentera dan dinamit. “Keadaan di situ cukup mengejutkan dan menyayat hati. Ini merupakan tindakan terang-terangan pembersihan etnik bersamaan jenayah perang yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya