PUTRAJAYA 29 Julai – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia telah memasang hampir 300 papan tanda lintasan hidupan liar di 170 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Menurut Jabatan Perhilitan, inisiatif itu adalah untuk mengurangkan ‘roadkill’ hidupan liar iaitu kejadian hidupan liar mati di jalan raya akibat dirempuh kenderaan. Jelasnya, bagi Negeri Terengganu, sebanyak 40 papan tanda lintasan hidupan liar termasuk dua papan tanda “kawasan lintasan hidupan liar” telah dipasang pada jarak kira-kira 18 kilometer dari lokasi kejadian seekor gajah betina mati akibat dirempuh oleh sebuah lori…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya