PENGGUNAAN penyedut minuman plastik pada hari ini sudah cukup sinonim dengan masyarakat dunia. Penyedut minuman berasaskan plastik dihasilkan daripada molekul propylene yang bersifat bersambungan antara satu sama lain sehingga ia menjadi polypropylene. Suhu dan tekanan tinggi yang digunakan dalam penghasilan penyedut minuman menyebabkan strukturnya sukar diuraikan dengan mudah berbanding bahan-bahan lain. Menurut pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Russly Abdul Rahman dianggarkan, sebatang penyedut minuman plastik mengambil masa lebih 200 tahun untuk diuraikan. Disebabkan kesukaran alat tersebut diuraikan juga, tidak hairanlah jika kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya