PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghentikan pemakaian baju lokap berwarna oren terhadap suspek yang dibawa ke mahkamah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, amalan itu dihentikan sejajar dengan anggapan tidak bersalah dan Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, jelasnya, SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah dan akan mendukung kedaulatan undang-undang (rule of law) setiap masa dalam berbuat demikian. “Gari tangan hanya akan digunakan ketika perlu, misalnya jika terdapat risiko terlepas lari atau kelakuan agresif. “Bagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya