SEREMBAN 7 Julai – Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung pencemaran di sekitar Nilai di sini kepada pihak berkuasa supaya tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dapat dilakukan segera. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerjasama seumpama itu dapat mengelak pencemaran dan menjadikan Nilai kawasan yang selamat didiami. “Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan baru-baru menemukan masalah pencemaran di sebuah kilang dan ia telah diarahkan ditutup. “Saya minta rakyat menyalurkan maklumat mengenai pencemaran supaya tindakan segera boleh diambil,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya