KOTA KINABALU 31 Julai – Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, 51, akan meneruskan dasar universiti itu dengan berbekalkan pengalaman sedia ada. Taufiq Yap berkata beliau juga akan membawa idea-idea baharu, bagi menambah baik dasar yang telah dilaksanakan demi kemajuan UMS. Katanya perancangan awal beliau ialah meningkatkan ‘keterlihatan’ UMS untuk bukan hanya terkenal di Sabah, tetapi juga di peringkat antarabangsa. “Kita berbangga UMS telah bersedia ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), namun tumpuan saya terarah kepada meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya