JOHOR BAHRU 29 Julai – Larangan menjalankan ibadah korban di masjid dan surau di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu adalah tidak benar sama sekali. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pelaksanaan ibadah korban itu dibenarkan di masjid dan surau di negeri ini namun harus mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeliling Tempat Penyembelihan dan Pengurusan Haiwan Korban di negeri Johor. Katanya, bagi yang ada pusat penyembelihan dan pengurusan haiwan korban khas seperti di 39 buah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya