Musim buah-buahan adalah antara musim yang cukup dinanti-nantikan terutama musim durian. Namun dalam menikmati keenakan buah-buahn tersebut, pernahkah anda terfikir untuk merakam imejnya pada sudut yang menarik. Berdasarkan pengamatan penulis kebanyakannya lebih gemar membidik gambar buah-buahan ketika ia dinikmati. Terlalu kurang yang mengambil gambar buah-buahan itu sendiri. Justeru, untuk keluaran kali ini, penulis akan memberi beberapa tip kepada sesiapa yang berminat merakam gambar buah-buahan sebagai salah satu koleksi berharga. Langkah pertama cari dusun buah-buahan yang terbaik untuk penggambaran anda. Seterusnya buat persediaan peralatan kamera yang sesuai untuk tujuan ini supaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya