JAKARTA 7 Julai – Peninggalan lombong arang batu Ombilin di Sawahlunto, Sumatera Barat disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Lapor BBC Indonesia, perkara itu diumumkan oleh PBB di Baku, Azerbaijan kelmarin. UNESCO dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi laman web rasmi memaklumkan, Sawahlunto adalah salah satu bandar perlombongan arang batu tertua di Asia Tenggara, yang dibangunkan oleh pemerintahan Hindia-Belanda sejak akhir abad ke-19. Menurut Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, lombong arang batu terbabit adalah Tapak Warisan Dunia kelima buat Indonesia yang diakui oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya