KUALA LUMPUR 15 Julai – Sebanyak sembilan Kontrak Perkhidmatan Perunding berjumlah RM9.18 juta serta satu Kontrak Pembersihan dan Pencucian Bangunan bernilai RM3.46 juta bagi Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai yang tidak diberi kuasa. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini, kontrak juga tidak disemak Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). “Perolehan peralatan dalam kontrak kerja bernilai RM38,500 dibuat tanpa kelulusan Naib Canselor UKM serta terdapat lebihan bayaran sebanyak RM99,500,” menurut laporan itu. Sehubungan itu, Jabatan Audit Negara menggesa UKM menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat kecuaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya