Ingin menampilkan kelainan dan menarik golongan muda meminati motif tradisional pelbagai etnik di Sabah membuatkan usahawan muda, Mohamad Nazri K. Hamid, 34, menjadikan corak berkenaan sebagai tarikan utama pakaian yang dikomersialkan. Menurut Mohamad Nazri, setiap etnik di Sabah memiliki motif tradisi yang sangat unik dan tersendiri. Ia dapat dilihat melalui corak baju tradisional yang digayakan terutama pada musim Pesta Kaamatan dan majlis keramaian yang diraikan oleh 35 etnik dan 214 subetnik di negeri berkenaan. Menyedari tarikan itu katanya, timbul cetusan idea untuk syarikatnya, Trusted Sharks memperkenalkan corak etnik Sabah untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya