KOTA KINABALU 31 Julai – Kerajaan Sabah akan membantu mangsa kebakaran di Kampung Batung, Pinangah, Tongod, selepas kediaman mereka musnah terbakar, semalam. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata jabatan dan agensi berkaitan telah diarahkan untuk melawat kampung itu bagi membuat penilaian dan penyediaan bantuan yang akan disalurkan dalam kadar segera. “Ingatan dan doa saya sentiasa bersama para penduduk kampung. Kerajaan Sabah akan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya