JOHOR BAHRU 9 Julai – Ibu kepada Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang disahkan menghidap penyakit Myokymia akui anaknya berdepan kesukaran mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Menurut Norlela Abu Hashim, 45, anaknya yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia di sini cepat mengantuk akibat kesan sampingan lebih 10 pil ubat yang perlu diambil selain pergerakannya yang terbatas. Bagi memastikan anak keempat daripada lima beradik itu tidak ketinggalan dalam pelajaran, dia turut menghadiri tuisyen tiga kali seminggu bagi mata pelajaran Sains,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya