KUALA LUMPUR – Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) sedang melengkapkan laporan terakhirnya untuk dikemukakan bagi menyertai bidaan Projek Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar Pusingan Ketiga (LSS3). Penyerahan cadangan bidaan terbuka bagi projek yang bakal menawar jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 500 megawatt (MW) itu akan ditutup pada pertengahan bulan Ogos ini. Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng Mansur berkata, berdasarkan pengalaman syarikat dalam industri tersebut, pihaknya optimis untuk menjadi salah sebuah syarikat terpilih dalam projek berkenaan. “Melalui rekod projek ladang solar yang diuruskan pada masa sekarang, kami memberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya