KUALA LUMPUR – Cawangan Zakat Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam dekat sini akan berpindah ke UTC Shah Alam yang dijangka beroperasi pada 1 Ogos ini. Lembaga Zakat Selangor dalam satu kenyataan memberitahu, berikutan perpindahan itu, cawangan di Kompleks PKNS akan ditutup sepenuhnya bermula Isnin ini. “Semua urusan berkaitan zakat boleh dilakukan di Zakat On Wheel di tapak bazar Kompleks PKNS atau mana-mana cawangan terdekat antaranya Masjid Negeri Bangunan Sultan Idris Shah atau ibu pejabat Zakat Selangor yang terletak di Alami Seksyen 13,’’ katanya.- UTUSAN ONLINE.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya