HAD umur atau usia belia sebenarnya tidaklah terlalu penting untuk dibincangkan. Apa yang penting adalah sumbangan belia kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara. Seterusnya usaha memajukan belia dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi bagi menghadapi persaingan dalam dunia moden yang penuh cabaran. Oleh itu, pemikiran dan perangai yang baik perlu diperkasa. Selain itu, sebagai belia mestilah sihat tubuh badan dan tidak obesiti bagi mengelakkan sebarang penyakit berbahaya seperti kencing manis, lemah jantung, darah tinggi yang kini banyak menyerang kalangan belia. Ini terutama selepas usia 18 tahun apabila mereka lepas sekolah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya