NAKHON PHANOM 14 Julai – Aras air sungai Mekong direkodkan paling rendah selepas 10 tahun apabila bacaan terkini dilaporkan hanya mencecah 2.60 meter (m). Lapor Bangkok Post, bacaan itu dilihat terlalu rendah berbanding bacaan yang diambil pada tempoh sama, tahun lepas iaitu 12 m. Jabatan Meteorologi Nakhon Phanom dalam pada itu merekodkan bacaan terkini kadar taburan hujan yang rendah, kira-kira 90 milimeter (mm) berbanding 300 mm tahun lalu. Antara faktor yang dikesan membawa kepada penurunan aras air di sungai tersebut adalah keadaan kemarau yang berlarutan untuk tempoh yang lama.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya