KUALA LUMPUR 31 Julai- Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pembantu Penguatkuasa KP19 Skuad 23/2019 di Padang Kawad Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Universiti Malaya hari ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberitahu, pada 18 mac lalu seramai 52 pelatih melapor diri bagi mengikuti kursus tersebut dan berjaya menamatkannya. “Pelatih-pelatih ini akan ditugaskan sebagai warden trafik, Jabatan Penguatkuasaan mulai esok. “Sementara itu, pelatih Hafiz Zakwan Azman dinobatkan sebagai pelatih keseluruhan terbaik sesi ini,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya