HERAT 31 Julai – Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh apabila bas dinaiki terkena letupan bom diletakkan di tepi jalan barat Afghanistan, hari ini. Letupan tersebut berlaku sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kematian orang awam pada tahap ‘mengejutkan di negara itu. Kejadian itu berlaku sekitar pukul 6 pagi tadi membunuh kebanyakan wanita dan kanak-kanak. Jurucakap polis Wilayah Farah, Muhibullah Muhib berkata, bas itu dalam perjalanan di lebuh raya Kandahar-Herat terkena bom Taliban mengorbankan 34 orang dan 17 lagi cedera. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya