PASIR GUDANG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai di sini diarahkan menangguhkan sesi persekolahan selepas beberapa pelajar menjadi mangsa baharu pencemaran udara. Beberapa pelajar tersebut diberikan rawatan kecemasan selepas mengalami pening kepala, muntah-muntah, loya dan sakit tekak. Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah berkenaan kira-kira pukul 10 pagi mendapati suasana kecoh dengan beberapa ambulan keluar dari sekolah terbabit dipercayai membawa pelajar yang menjadi mangsa. Menurut suri rumah, Arbainah Mohamed, 47, dia menerima pesanan ringkas menerusi Aplikasi WhatsApp dari pihak sekolah itu memaklumkan sesi persekolahan ditangguhkan ketika menghantar dua anaknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya