TANGKAS. Seramai 38 orang pelatih telah lulus ujian kenaikan tali pinggang Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia (MITF) yang berlangsung di Dewan Ilmu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, Kulim, Kedah baru-baru ini. Pemeriksa MITF, Mansu Mann berkata, kriteria penilaian permarkahan melibatkan asas pergerakan, langkah dan teknik dalam seni mempertahankan diri. Berdasar penilaian, mereka mempunyai bakat, kemahiran, ia boleh diasahkan dan dilatih menjadi lebih bagus. Ujian tersebut disertai oleh pelatih daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, SK Kulim, SK Keladi, SK Tunku Abdul Malik, SK Taman Kenari dan Tahfiz Sains Annajihin.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya