LOS ANGELES 31 Mei – Sebuah syarikat teknologi berjaya menghasilkan prototaip skala sebenar sebuah teksi terbang yang dijana oleh kuasa hidrogen. Mail Online melaporkan, teksi terbang yang dicipta oleh Alaka’i Technologies itu mempunyai enam buah rotor yang dipasang pada bahagian bumbung kenderaan terbabit serta boleh memuatkan lima penumpang dalam satu masa. Prototaip teksi terbang yang diberi nama Skai itu didedahkan buat pertama kali di sini dan syarikat berkenaan memaklumkan kenderaan masa depan itu boleh digunakan untuk membawa kargo dan berfungsi sebagai ambulans udara. Seperti dron, teksi terbang itu berlepas dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya