KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menawarkan ganjaran RM100 kepada orang ramai yang memberi maklumat mengenai aktiviti pembuangan sampah atau sisa komersial secara haram dalam kawasan pentadbirannya. Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A. Hamid berkata, ganjaran itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berjaya memberi maklumat sehingga pelaku diambil tindakan dan menjelaskan bayaran kompaun. “Ganjaran ini hanya melibatkan pembuangan sampah menggunakan lori bermuatan satu tan dan ke atas di kawasan yang tidak sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, pemberi maklumat perlu mengisi borang yang disediakan di Unit Pengurusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya